Oleh : Syahir Miswan
Sekiranya anda berminat untuk merakamkan lagu bersama kami, klik DISINI. Jangan tunggu lagi. Tunaikan hasrat anda untuk memilik single pertama anda. Jangan risau! Anda juga boleh membuat temujanji di studio kami. Ianya PERCUMA. Kami akan bantu anda – Whatsapp kami 014-7314047.
Ada dalam kalangan penyanyi terutamanya penyanyi baru, sering juga melakukan kesilapan yang sebenarnya boleh dielakkan sebelum masuk ke studio lagi. Mungkin sesetengah dari mereka tak perasan. Ada juga penyanyi yang tahu ianya satu kesalahan, tapi buat juga. Hehe.
Mari saya kongsikan.
1. Tak Hafal Lirik – Lirik kena hafal. Kalau tak hafal pun, pastikan anda print atau salin balik lirik atas kertas. Salin besar-besar tulisan tu. Supaya masa sesi rakaman suara, kita nampak tulisan tu. Dapat hafal lirik, lagi bagus. Ini membantu untuk anda lebih menghayati nyanyian anda semasa sesi rakaman. Anda juga akan lebih fokus untuk menyampaikan lagu yang anda nak nyanyikan.
2. Tak fokus – Fokus penting untuk pastikan anda boleh menyampaikan lagu semasa sesi rakaman dengan baik sekali. Pastikan mood anda pada hari yang anda nak rakam suara, dalam keadaan yang baik. Kalau emosi pun terganggu, bagaimana anda nak fokus?
3. Tak bersedia – Persediaan adalah sangat penting sebelum anda melangkah kaki ke studio. Sebelum anda sampai ke studio, pastikan anda sudah pun menghafal lirik lagu. Selain itu, pastikan anda sudah pun firm dengan melodi lagu yang anda nak rakam. Jangan buang masa anda, jangan buang masa sound engineer yang sedang bertugas. Cuba anda bayangkan kalau anda tak bersedia. Bukan ke itu membuang masa dan duit anda? Ingat, setiap masa yang berjalan itu duit. Makin lama masa yang anda nak ambil waktu sesi rakaman, makin tinggi kos anda!
4. Tak firm dengan melodi yang anda nak nyanyikan – Persediaan untuk “firm”kan melodi lagu yang anda nak rakam, boleh dilakukan awal dengan membuat latihan berulang kali sebelum anda datang ke studio untuk sesi rakaman. Lakukan latihan sekerap yang mungkin. Bagaimana cara terbaik untuk membuat latihan? Kebiasaannya, komposer atau music arranger akan beri lagu yang telah disiap musiknya sebelum sesi rakaman, jadi gunakan masa yang anda untuk anda menyanyi dan ingat setiap melodi yang anda nyanyikan. Kemudian rakam dengan menggunakan handphone. Ini salah satu cara latihan yang praktikal untuk anda ingat melodi dan firm dengan vokal arrangement anda.
5. Main-main masa sesi rakaman – Anda perlu ingat. Setiap apa yang kita buat, perlukan kesungguhan yang tinggi. Elakkan untuk ada sikap begini. Hormatilah mereka yang bersusah payah menyiapkan lagu anda. Tunjukkan kesungguhan anda.
6. Datang lambat – Soal menjaga waktu ni, anda sendiri sudah tahu. Menjaga waktu sangat penting. Kalau terlambat beberapa minit, boleh dimaafkan. Tetapi kalau dah lambat sampai 1 jam – 2 jam, macam mana tu? Nak nyanyi ke tak nak nyanyi? Sekiranya anda terlambat, beritahu owner studio atau producer anda, yang anda akan terlewat dari waktu yang dijanjikan.
Sekiranya perkongsian ini bermanfaat untuk anda, amalkan dan kongsikan pada rakan-rakan anda ya 😉
Sekiranya anda berminat untuk merakamkan lagu bersama kami, klik DISINI. Jangan tunggu lagi. Tunaikan hasrat anda untuk memilik single pertama anda. Jangan risau! Anda juga boleh membuat temujanji di studio kami. Ianya PERCUMA. Kami akan bantu anda – Whatsapp kami 014-7314047.