Kenapa Radio Tak Nak Putarkan Lagu Anda?

Oleh : Syahir Miswan

Ramai mengeluh..

Yang dah putus asa pun ada jugak..

“… Money is King! Takde duit jangan harap lahh lagu kita nak airplay di radio…”

“…Semua ada cable besar. Sebab itu lagu-lagu dorang je yang airplay..”

“…Radio akan putarkan lagu artis-artis yang femes je.. Tak femes jangan harap lah lagu ko nak airplay…”

Sekiranya anda berminat untuk merakamkan lagu bersama kami, klik DISINI. Jangan tunggu lagi. Tunaikan hasrat anda untuk memilik single pertama anda. Jangan risau! Anda juga boleh membuat temujanji di studio kami. Ianya PERCUMA. Kami akan bantu anda – Whatsapp kami 014-7314047.

Berikut adalah sebahagian luahan perasaan komposer dan juga penyanyi yang agak kecewa dengan segelintir radio-radio di Malaysia.

Kalau kita buka sahaja radio, kita akan dengar lagu yang sama sahaja akan berulang. Seolah-olah macam lagu mereka je yang layak dan sedap untuk diputarkan di radio.

Tapi kan.. seberapa pastinya kita mengatakan antara faktor-faktor lagu yang akan dikeudarakan adalah berdasarkan kepada populariti, kewangan (Money is King), kontroversi, dan juga permintaan?atau ada faktor-faktor lain?

Saya teringat dahulu Dato’ Siti Nurhaliza pernah tweet di Twitter beliau, yang meminta untuk radio Era putarkan lagu beliau.

Apa yang kita dapat belajar di sini?

Adakah populariti menjamin lagu kita akan dikeudarakan?

Populariti tak menjamin lagu kita akan airplay. Setuju? Dato Siti Nurhaliza kott.. tak popular lagi ke? Tapi kenapa lagu dia radio taknak putarkan? Jadi tak semestinya kita popular lagu kita akan diputarkan.

“Money is King”. DJ radio main duit bawah meja ke? Tak baik tuduh. Kita tiada bukti. Atau “Money is King” ada merujuk kepada maksud yang lain? Secara peribadi. Tak semua keadaan, tempat dan situasi duit adalah segala-galanya.

Secara peribadi, memang susah lagu nak tembus ke radio-radio swasta yang memang tinggi bilangan pendengarnya seperti Hot FM, Era FM, Sinar FM dan seumpamanya.

Kita akan bersaing dengan artis-artis yang mempunyai permintaan lagu yang sangat tinggi di radio.

Keywordnya adalah DEMAND.

DEMAND : PERMINTAAN!

Ya! Permintaan.

Berbalik isu tweet Dato Siti tadi. Dato Siti mempunyai bilangan pengikut yang ramai tetapi mereka tak request lagu Dato Siti. Jadi macam mana radio nak putarkan?

Kita kena faham cara radio-radio ini berfungsi. Mereka akan tengok pada permintaan sesebuah lagu itu. Jika permintaannya tinggi dari pendengar, mereka akan mainkan.

Macam mana radio nak tahu sesebuah lagu tu ada permintaan atau tak?

Jawapannya adalah melalui media sosial. Iaitu YouTube!

Cuba kita test lagu kita ada permintaan ke tak. Muat naik lagu kita di YouTube. Kalau angka view rendah, walaupun dah berbulan muat naik. Ada dua kemungkinan.

Anda tak promosi lagu anda… Sebab kalau tak promosi, kita tak boleh nak ukur sesuatu lagu itu sedap ke tak, orang suka nak dengar atau tak..

Yang kedua, lagu anda tak menarik pendengar untuk mendengar lagu anda. Kalau lagu tak boleh nak hook pendengar, sangat sukar untuk menaikkan permintaan.

Sebab itu soalan yang berbunyi, “Kenapa radio tak nak putarkan lagu aku..?” perlu diperbetulkan balik.

Tukar ke soalan ini..

“Kenapa radio MESTI putarkan lagu aku..?”

Haa.. baru betul soalan. Cuba kita tanya balik pada diri kita soalan tu..

Apa yang istimewanya sangat lagu kita sampai radio nak putarkan lagu kita. Kalau kita hanya kata, “Lagu aku sedap. Melodi tangkap telinga. Lirik pun deep.. production jangan cerita..kualiti tinggi!”

Kalau setakat itulah jawapan kita, semua orang boleh kata begitu. Kan?

Sekiranya anda berminat untuk merakamkan lagu bersama kami, klik DISINI. Jangan tunggu lagi. Tunaikan hasrat anda untuk memilik single pertama anda. Jangan risau! Anda juga boleh membuat temujanji di studio kami. Ianya PERCUMA. Kami akan bantu anda – Whatsapp kami 014-7314047.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *