Nak Berjaya, Lakukan 10 Perkara ini!

Bukan mudah untuk berjaya. Kejayaan tidak datang bergolek. Kita perlu melalui fasa-fasa kegagalan. Melalui kegagalan itulah kita bangkit dan meneruskan apa yang kita impikan.

 

Ramai bakat-bakat baru yang ingin berjinak dalam dunia nyanyian terlalu mengharapkan populariti. Mereka lupa kenikmatan sebenar adalah proses perjalanan sebagai anak seni itu sebenarnya. Ada jatuh, ada bangun. Ada naik, ada turun. Itulah sebenarnya yang menjadikan perjalanan sebagai seorang seniman itu indah.

 

Akibat terlalu mementingkan populariti berbanding perjuangan seni itu sendiri, apabila diasak, terlalu cepat untuk mengalah. Pemikiran sebegini ternyata salah sama sekali.

 

Cuba kita lihat seorang seniman atau artis yang berjaya. Mereka hanya fokus pada apa yang diperjuangkan. Jika kita amati, mereka mempunyai tabiat yang sama yang menjadikan mereka berjaya dan bertahan lama dalam industri.

 

1. Mentor

Orang berjaya mesti ada mentor. Mereka ada guru dibelakang mereka yang membantu dan membimbing mereka Jika anda nak berjaya dalam industri, carilah mentor anda.

 

2. Inspirasi

Inspirasi memberikan kita semangat untuk terus berada dalam landasan yang betul. Banyakkan membaca, dan juga belajar perkara-perkara baru.

 

3. Hadirkan diri ke majlis ilmu

Ilmu itu penting. Tanpa ilmu umpama kita berjalan dalam gelap. Nak jadi peyanyi yang hebat, hadirkan diri ke kelas vokal. Menuntutlah dengan guru-guru yang mampu mengajar dengan baik.

 

4. Keyakinan diri

Orang yang berjaya, dia yakin dengan kemampuan yang ada pada diri dia. Usah rasa tak yakin. Cuba dulu baru tahu kemampuan yang ada pada diri kita. Anda belum cuba dah menyerah kalah?

 

5. Motivasi

Motivasi penting untuk anda kekal bersemangat dan positif. Cari rakan-rakan yang mempunyai nilai positif. Elakkan bergaul dengan orang yang menjatuhkan kita.

 

6. Gandakan usaha

Jangan malas. Kerap lakukan latihan. Gandakan usaha. Jangan lakukan separuh jalan. Kejayaan takkan datang dengan sikap acuh tak acuh.

 

7. Fokus

Fokus kepada kemampuan yang ada pada diri anda. Abaikan kata-kata yang nak menjatuhkan anda. Emosi dan minda anda perlu seiring untuk pastikan anda kekal fokus pada apa yang perlu anda lakukan.

 

8. Cari keunikan

Cari keunikan dalam diri kita. Guna kelemahan yang ada dalam diri kita untuk kita ubah menjadi kekuatan pada diri kita.

 

9. Ukhwah

Orang berjaya ramai kawan. Orang berjaya juga ramai musuh. Elakkan untuk bermusuhan dengan sesiapa. Tak guna pun cari musuh. Ia tidak memberikan kita apa-apa manfaat.

 

10. Anda bersedia dengan apa jua keadaan

Anda perlu sentiasa bersedia dengan apa segala kemungkinan yang berlaku. Untuk mendaki puncak kejayaan, semakin anda dekat dengan kejayaan, semakin banyak cabaran yang anda hadapi. Anda perlu bersedia. Kuatkan mental dan emosi anda.

 

Sekiranya anda berminat untuk merakamkan lagu bersama kami, klik DISINI. Jangan tunggu lagi. Tunaikan hasrat anda untuk memilik single pertama anda. Jangan risau! Anda juga boleh membuat temujanji di studio kami. Ianya PERCUMA. Kami akan bantu anda – Whatsapp kami 014-7314047.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *