Beza dan Persamaan Nyanyi Live Dan Di Dalam Studio

Oleh: Syahir Miswan

Ada yang kata nyanyi “live” susah, nyanyi dalam studio yang senang…

 

 

 

Ada juga yang kata nyanyi “live” senang, nyanyi dalam studio yang susah…

 

 

 

Ada yang dua-dua susah! Nyanyi “live” susah, nyanyi dalam studio pun susah…!

 

 

 

 

Samada susah atau senang nyanyi “live” dan juga dalam studio, ia bergantung kepada penyanyi tersebut.

Antara perbezaan yang ketara nyanyian di dalam studio dan juga Live adalah:

 

1. Tahap ketelitian

Berbezanya nyanyi didalam studio dan Live adalah pada ketelitian. Semasa rakaman suara di dalam studio, ketelitian dititikberatkan. Bukan sahaja pada nyanyia itu sendiri, tetapi cara penyanyi menarik nafas, dan juga menghembus nafas pun diambil kira.

Kadang-kadang untuk rakam bahagian Verse sahaja sudah mengambil masa yang agak lama demi memastikan nyanyian itu betul-betul berkualiti dan baik. Kelebihan nyanyi di dalam studio ini, kita boleh ulang rakam sekiranya rakaman kita tidak menepati kehendak kita.

Berbeza dengan nyanyian semasa Live. Penyanyi tidaklah perlu teliti seperti rakaman vokal di dalam studio. Tetapi, nyanyian secara Live sememangnya tak boleh ulang-ulang nyanyi. Hehe!

 

2. Emosi

Nyanyi di dalam studio dan nyanyi secara Live, kedua-duanya memerlukan penyanyi dalam keadaan emosi yang baik. Ianya kerana sekiranya emosi terganggu, penyanyi tidak akan dapat untuk menyampaikan nyanyian dengan baik.

Sebelum menyanyi, penyanyi perlu untuk berada dalam keadaan bersedia dan cukup rehat.

 

3. Stress

Menyanyi di dalam studio lebih stress berbanding nyanyi secara live. Ianya kerana rakaman vokal di studio, memerlukan ketelitian. Kadang-kadang apabila penyanyi tidak dapat menyanyi dengan baik dan perlu ulang rakam, menyebabkan penyanyi menjadi stress kemudian akan mula hilang fokus.

 

4. Gementar

Gementar selalunya berlaku kepada penyanyi-penyanyi baru walaupun ketika menyanyi secara live dan juga di dalam studio. Cara nak atasinya, kerapkan lagi membuat persembahan dan juga sesi rakaman.

 

5. Kemahiran

Kemahiran yang diperlukan antara kedua-duanya berbeza. Semasa membuat persembahan, penyanyi perlu mahir bagaimana berinteraksi dengan penonton, pemilihan lagu, dan juga cara manfaatkan ruang pentas.

Nyanyian di studio pula berbeza. Penyanyi perlu mahir mengawal nyanyian di depan mikrofon. Ianya kerana mikrofon yang digunakan di dalam studio berbeza dengan di atas pentas.

 

6. Showmanship

Semasa menyanyi di atas pentas, penyanyi perlu memegang watak dan juga karakter. Ianya kerana penyanyi bukan sahaja menghiburkan penonton dengan suara, tetapi juga dengan gerak gaya tubuh. Ada beberapa pergerakan yang membantu nyanyian lebih menyerlah.

Nyanyian di dalam studio pula, penyanyi perlu juga berfikir seperti memengang watak dan juga karakter. Cumanya, hanya suara. Pernyanyi perlu memiliki daya fokus dan emosi yang tinggi supaya ia dapat disampaikan dengan baik.

 

Anda mempunyai lagu dan ingin bantuan dalam memasarkan lagu anda? Klik DISINI! 

Apa yang akan anda dapat belajar dari Ebook ini?

  • Cara untuk daftar lagu MACP
  • Cara untuk register ke digital distribution seperti Spotify, iTunes, Google Play, Amazon dan sebagainya.
  • Cara paling efektif untuk dapatkan show
  • Cara jana pendapatan sampingan melalui royalti
  • Dan banyak lagi…

Klik Disini untuk ketahui cara memasarkan lagu Anda!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *