Sebelum Hadir Ke Uji Bakat, Lakukan 6 Perkara Ini Dahulu!

Ramai yang semangat nak ke sesi uji bakat. Tetapi berapa orang yang betul-betul bersedia? Anda perlu tahu apa kriteria yang diperlukan. Jangan main datang sesi uji bakat je!

 

Sebelum anda hdir ke sesi uji bakat, anda perlu kenalpasti dan lakukan 4 perkara ini dahulu. Kalau tidak memang harapan tipis untuk anda terpilih.

 

1.  Grooming! (Dandanan)

Sebelum hadir, pastikan anda menjaga kekemasan diri anda. Anda tidak perlu untuk memakai pakaian yang terlalu menonjol. Anda hanya perlu pastikan anda selesa memakai pakaian tersebut, tak sakit mata, dan kemas. Tak cantik atau tak hensem tak mengapa. Anda perlu rajin untuk menampakkan anda sebagai orang yang menarik.

 

2. Bakat

Ini sangat lah penting. Sebelum hadir ke sesi uji bakat tu, pastikan anda memang betul-betul mempunyai bakat. Kalau anda nak hadir ke sesi uji bakat nyanyian, pastikan rakan-rakan rapat anda nilai betul-betul yang anda ni boleh menyanyi atau tak. Pastikan mereka memberikan komentar yang jujur. Jangan cari kawan-kawan yang hanya nak jaga hati anda je. Kalau anda memang tak boleh nak menyanyi, janganlah hadir. Buang masa beratur panjang je. Kalau anda memang ada bakat yang terpendam, inilah masanya untuk anda buktikan yang anda mampu menyanyi!

 

3. Hafal skrip/lagu

Pastikan anda hafal skirp atau lagu yang anda nak persembahkan. Jangan dah minit-minit terakhir baru nak hafal. Membawa padah namanya. Buat persediaan awal. Supaya masa hari uji bakat itu, anda boleh fokus kepada perkara lain.

 

4. Datang awal dan tepati masa

Yang ni tersangat lah penting. Datang awal dan tepatilah masa semasa sesi uji bakat. Kalau dah janji dengan penganjur untuk datang pada jam 3.00pm, pastikan anda sudah sampai di lokasi 30 minit awal.

 

5. Senyum

Ya tahu anda gemuruh dan gementar. Tapi jangan sampai anda terlupa untuk senyum. Beramah mesra dengan peserta lain yang hadir pada waktu sesi uji bakat tersebut. Bertegur sapa salah satu cara juga untuk kita kurangkan rasa gemuruh dan gementar.

 

6. Sikap

Sikap adalah no 1. Anda mungkin tak mempunyai bakat yang hebat. Anda mungkin biasa-biasa sahaja. Tetapi dengan sikap yang merendah diri ini, kadang-kadang orang akan lebih selesa bekerja dengan kita. Silap-silap kita terpilih dahulu dari orang yang ada bakat. Ia tak mustahil.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *