Oleh: Syahir Miswan
Manusia sebenarnya memang dilahiran mempunyai bakat yang sedia ada. Sesetengah orang sudah kenal bakat sendiri sejak dari kecil. Ada juga yang sudah besar panjang pun belum tentu tahu bakat yang ada dalam diri mereka.
Ibu bapa perlu memainkan peranan untuk mengenal pasti bakat apa yang ada dalam diri anak-anak mereka. Jika kita lihat budaya dalam masyarakat kita, ibu bapa kita jarang untuk dedahkan atau memberi dorongan pada anak-anak yang masih kecil dengan minat anak-anak.
Ia sama seakali berbeza dengan cara didikan di negara barat. Ibu bapa mereka begitu memberikan dorongan dan panduan kepada anak-anak untuk teroka minat anak-anak mereka.
Hal ini menyebabkan anak-anak dalam kalangan masyarakat kita tidak tahu untuk memanfaatkan masa terluang mereka dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Melalui aktiviti yang kita minatlah, kita akan belajar banyak perkara sebagai contoh cara menguruskan masa, disiplin, bersosial dan berkomunikasi.
Disini kami ingin kongsikan 5 cara untuk kita ketahui minat dan bakat sebenar kita.
1. Kita tidak akan mudah putus asa.
Dalam membuat sesuatu perkara atau aktiviti yang kita minat, kita tidak akan mudah untuk berputus asa. Sebagai contoh, menyanyi. Dalam satu fasa, kita akan lalui proses di mana untuk menguasai sesuatu skil baru dalam nyanyian. Jika kita tiada minat, kita akan cepat putus asa. Kita akan berhenti untuk mencuba skil baru tersebut. Berbeza jika betul-betul minat. Kita akan berusaha untuk sampai dapat kuasai skil baru tersebut.
2. Kita akan bina rakan baru.
Bila kita sudah mempunyai minat kita sendiri, kita akan rasa seronok untuk bekenalan dengan rakan-rakan baru. Kita akan rasa teruja untuk menimba ilmu-ilmu baru dengan rakan-rakan baru kita. Sekarang lebih mudah untuk berkenalan dengan rakan baru dengan adanya media sosial. Rakan-rakan yang kita ingin kenal biasanya akan berkaitan dengan perkara yang kita minat. Jika kita minat bermain gitar, kita cenderung untuk berkenalan dengan rakan baru yang mempunyai minat yang sama dengan kita.
3. Cuba beberapa hobi lain serentak.
Cuba lakukan beberapa hobi anda secara serentak. Kemudian lihat yang mana anda cenderung untuk rasa seronok melakukan hobi tersebut. Lihat juga bagaimana anda menghabiskan masa anda dengan kedua-dua hobi tersebut. Kemudian anda nilai. Yang mana anda rasa seronok untuk lakukan.
4. Anda akan bersungguh-sungguh lakukannya.
Jika anda betul-betul minat dengan sesuatu perkara itu, anda akan bersungguh-sungguh lakukannya. Anda akan rasa begitu gairah untuk melakukan aktiviti tersebut sehingga anda rasa waktu berjalan dengan begitu pantas. Kalau anda rasa lakukan aktiviti yang anda kurang minat, 30 minit pun anda akan rasa masa terlalu lama.
5. Anda seperti rasa jatuh Cinta!
Pernah rasa macam mana jatuh cinta? Begitulah perasaannya bila kita lakukan perkara yang kita minat. Kita akan sanggup melabur dan berhabis wang ringgit hanya untuk perkara yang kita minat. Kalau anda rasa macam rasa nak melabur sedikit wang pun rasa berat hati, maksudnya tak begitu minatlah tu.