Cara Tingkatkan Personal Branding Anda Sebagai Penyanyi

Oleh: Syahir Miswan

 

Ramai orang nak jadi penyanyi. Ramai orang nak terkenal. Ramai yang berkeinginan untuk menjadi artis yang terkenal.

 

Tak salah untuk anda jadi penyanyi. Tak salah untuk anda jadi orang yang terkenal. Tak salah juga untuk anda jadi artis.

 

Tetapi, anda salah kalau anda tak tahu bagaimana cara anda nak bawa diri anda. Ianya salah kalau anda tak tahu tujuan anda nak jadi penyanyi atas sebab apa. Ianya salah sama sekali kalau anda tak tahu atas tujuan apa yang anda nak menyanyi.

 

Kita nak diri kita dikenali sebagai apa?

Adakah sebagai seorang penyanyi?

Atau sebagai seorang komposer?

Atau seorang ahli perniagaan dalam bidang muzik?

 

Apa itu Personal Branding?

 

Salah seorang pelanggan saya bertanyakan pada saya. “Saya nak jadi penyanyi. Saya betul-betul minat. Tapi macam mana? Saya tak tahu.

 

Saya kata, “Bina jenama diri. Tonjolkan diri media sosial. Bagitau orang yang kau ni boleh menyanyi. Bagi tau pada orang yang kau ni ada bakat menyanyi.”

 

“Macam mana tu bang..tak faham la..”

 

Saya tangguhkan perbualan.

 

Kali ini saya nak terangkan lebih terperinci. Supaya semua orang tahu. Harap tulisan saya ini dapat dibaca oleh semua bakat-bakat baru yag ingin menjadi penyanyi.

 

Okay.

 

Personal Branding atau Jenama Diri adalah salah satu cara bagaimana kita nak tonjolkan dan pasarkan diri kita. Ia juga adalah salah satu proses untuk kita membina tanggapan yang baik pada diri kita. Personal Branding juga boleh dikatakan, apa sahaja yang melekat di badan seseorang itu, semuanya memberi nilai kepada orang sekeliling kita.

 

Sebagai contoh, Jika Aiman Tino pakai baju T Shirt putih ada tulisan “AKU AIMAN”, orang yang melihat pun terasa untuk membeli baju tersebut. Sedangkan beliau bukan niat nak menjual pun baju itu. Tapi disebabkan Aiman Tino yang pakai, kita pun rasa nak beli. Kita pun rasa nak rasa berkesamaan itu. Aiman Tino adalah contoh orang yang mempunyai nilai personal branding yang tinggi.

 

Kenapa nilai personal branding ini penting? Ianya kerana kita sebagai penyanyi, komposer atau pemuzik sekalipun, kita ada perkhidmatan dan produk yang kita jual. Produk kita adalah lagu kita. Melalui penjualan lagu kita adalah duit kita. Disitu kita buat duit dengan sangat banyak.

 

Contoh lain, cuba kita lihat bagaiman Dato Seri Vida yang mana dia bukan seorang penyanyi pun. Tetapi disebabkan nilai personal branding beliau sangat tinggi, belaui buat apa pun boleh laris!

 

Sebab itu saya kata, sebagai penyanyi, kita perlu untuk ambil tahu ilmu ini. Kita perlu tahu bagaimana nak naikkan nilai personal branding kita.

 

Saya nak kongsikan serba sedikit tentang bagaimana cara paling efisyen untuk kita cipta dan naikkan nilai personal branding kita.

 

1. Apa tujuan anda?

 

Ya betul. Anda nak jadi penyanyi. Tapi anda nak dikenali sebagai penyanyi yang bagaimana? Penyanyi yang suara tak sedap hanya harap muka hensem dan lawa je ke?

 

Anda perlu tanyakan soalan-soalan ini pada diri anda.

 

  • Anda nak dikenali sebagai apa?
  • Anda nak siapa yang kenali anda?
  • Apa yang anda boleh berikan pada orang jika anda mempunyai nilai personal branding yang tinggi?

Jika soalan-soalan ini anda mampu jawab dengan jelas dan yakin. Jalan anda akan lebih mudah. Insyaaallah!

 

2. Jadikan diri anda mudah untuk ditemui.

 

Sekarang ini zaman internet. Zaman media sosial. Semuanya dihujung jari. Jika anda nak nilai anda tinggi, pastikan orang mudah membuat carian. Semua orang mempunyai akaun media sosial. Aktifkan media sosial anda. Anda perlu mudah untuk dilihat jika anda nak naikan nilai diri anda.

 

3. Berani untuk membuat video menyanyi!

 

Antara cara yang paling mudah. Rakam video anda menyanyi. Kemudian muatnaikkan di YouTube. Kongsikan link YouTube anda di media sosial lain seperti Facebook, Instagram, LinkedIn, dan juga Twitter.

 

4. Lakukan Photoshoot.

 

Laburkan sedikit duit anda untuk lakukan photoshoot di mana-mana studio berhampiran anda. Melalui gambar-gambar itulah anda muatnaik ke media sosial.

 

Dari gambar sahaja orang mampu menilai anda ini siapa. Seorang yang betul serius dalam bidang anda ataupun tidak. Dari situ kita akan membina kepercayaan pada orang lain tentang diri anda. Lebih tinggi nilai kepercayaan, lebih tinggi nilai personal branding anda.

 

5. Jangan malu untuk muncul di media sosial.

 

Jangan rasa malu untuk anda muncul di medial sosial. Ianya salah satu cara untuk anda menaikkan nilai diri anda. Kerapkan diri anda unuk engage dengan rakan-rakan atau follower anda di media sosoal. Lakukan beberapa siri Live Video di medial sosial untuk tingkat engagement.

 

6. Berlatih bercakap.

 

Ini antara kemahiran yang sangat penting untuk membina personal branding yang bagus. Dengan kemahiran berkomunikasi yang baik, kita mampu untuk menyampaikan sesuatu ucapan itu dengan intonasi dan laras bahasa yang sesuai kepada orang lain. Penggunakan perkataan dan laras bahasa penting untuk kita sesuaikan dengan siapa kita bercakap.

 

Personal branding adalah salah satu cabang kemahiran yang mana tak ramai untuk ambil tahu, sedangkan ia juga memberikan impak yang besar kepada kita. Jika kita mahir menggunakan kemahiran ini, kita lebih mudah untuk mejual apa sahaja yang kita inginkan. Senang kata, apa sahaja kita jual akan laku keras!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *