Nak Jadi Penyanyi? 7 Tip Untuk Anda!

Oleh: Syahir Miswan

Anda nak jadi penyanyi? Anda kena baca ini. 7 tip ini penting untuk anda.

 

1. Anda perlu tahu genre yang anda minat

Lain orang lain tona suaranya. Ada yang husky, garau-garau, suara nipis, suara tebal, suara nyaring, suara lunak, dan macam-macam lagi. Anda perlu kenal tona suara anda. Supaya anda tahu lagu-lagu yang macam mana sesuai untuk anda nyanyi.

 

2. Tetapkan idola anda

Anda nak jadi macam siapa? Bila kita betul-betul minat dalam nyanyian dan memang berazam untuk duduk dalam industri nyanyian, kita perlu kenal idola kita siapa. Ianya sebagai motivasi kepada kita suapaya kita terus konsisten untuk capai impian kita.

 

3. Perlu berguru

Guru sangat penting. Bila kita berguru, kita akan dapat belajar menyanyi dengan betul. Jika kita salah, guru kita yang akan tegur kita. Guru kita nampak kemampuan dan kelemahan kita.

 

Anda minat menyanyi? Jom sertai kelas vokal atas talian. Lebih mudah dan jimat!

Klik INI SEKARANG! 

 

Ramai bakat baru telah pun menerima manfaat dengan mengikuti kelas vokal secara atas talian ini. Klik disini untuk maklumat lanjut.

 

4. Perlu ada senarai lagu yang banyak

Bagaimana nak jadi penyanyi yang hebat, kalau koleksi lagu kita hanya ada 2-3 lagu sahaja. Anda perlu mempunyai koleksi lagu yang banyak dan juga mempelbagaikan genre muzik anda. Lagi banyak genre yang anda tahu, lagi versatile anda sebagai seorang penyanyi.

 

5. Perlu sabar

Nak jadi penyanyi perlu belajar erti sabar. Koleksi lagu banyak yang perlu anda pelajari. Kadang-kadang kita disuruh untuk menyanyi lagu yang bukan dalam senarai lagu kebiasaan. Anda perlu sabar. Jangan gopoh. Kadang-kadang nak pelajari sebuah lagu baru mengambil masa yang agak lama.

 

6. Rakam suara anda

Bagaimana kita nak tahu kita nyanyi betul atau tak? Anda perlu rakam suara anda. Rakam guna telefon anda pun boleh. Yang penting bila anda rakam, anda boleh dengar balik nyanyian anda. Ini adalah salah satu cara pembelajaran yang sangat berkesan. Biasakan untuk rakam setiap kali anda lakukan latihan.

 

7. Belajar komunikasi

Ramai penyanyi yang terlepas pandang tentang perkara ini. Komunikasi. Ia boleh jadi komunikasi anda semasa di atas pentas dan juga di luar pentas. Belajarlah komunikasi dengan betul supaya anda tidak berasa kekok bila berhadapan dengan orang ramai. Anda perlu hilangkan rasa malu anda. Banyakkan bergaul dan bina jaringan dengan rakan-rakan dan juga penyanyi-penyanyi lain.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *